Tuesday, 30 August 2016

Selamat Hari Kemerdekaan!

Sementara negara menyambut hari kemerdekaan yang ke-59, jangan dilupa orang yang tersayang.

Berhati-hati di jalanraya; waspada dengan mercun dan bunga api yang merbahaya.

Paling penting, jangan hanya menganggap hari ini hanya sebagai satu lagi hari cuti di dalam kalendar anda. Hari ini membawa banyak maksud bagi mereka yang mahu berfikir.

Merdeka pada cara, merdeka pada hati.
Jangan biarkan minda anda sentiasa cetek.

Kemerdekaan berada pada ilmu di dada; kemerdekaan ada pada hasrat di jiwa.
Kemerdekaan adalah nikmat namun harus berpada-pada.

Berduyun-duyun manusia, rakyat Malaysia, yang membuat bermacam-macam cara kreatif dan alasan ke hospital untuk mendapatkan barang satu lagi hari cuti... Menyedihkan!

Ingatlah bahawa perbuatan anda sentiasa di lihat.
Ingatlah bahawa balasan sentiasa menanti anda.
Jangan dibuat sakit tatkala anda sihat!

Ikhlas dari seorang warga kerja hospital tanpa cuti umum. :)
Maafkan kekekokan saya berbahasa kebangsaan!

No comments:

Post a Comment